Friday, 20 July 2012

Villa Sentosa, Kg. Morten Melaka


Villa Sentosa ialah sebuah rumah tradisional yang dibina pada suku pertama abad ke 20 dan dianggap sebagai rumah yang hebat dan indah pada masa itu. Biasanya rumah tradisional Melaka berdiri atas 12 hingga 16 tiang yang berukuran dua meter tinggi. 




Villa Sentosa merupakan rumah persendirian kepunyaan Haji Hashim Dato Demang Haji Abdul Ghani. Rumah ini berbeza dengan muzium lain, kerana pengunjung ke Villa Sentosa akan menerima perhatian khusus dari penghuni rumah ini selain daripada mendapat penerangan peribadi mengenai rumah dan barang pameran di situ. 





Pelbagai koleksi barangan termasuk pakaian, sulaman, perabot dan berbagai-bagai bahan menarik yang lain turut dipamerkan di Villa Sentosa. Kesemuanya adalah bahan yang dikumpulkan oleh keluarga dan bukannya dibeli untuk dipamerkan.

No comments:

Post a Comment